Guide to Langkawi



Ø  Melalui Jalanraya
Pelancong yang ingin datang ke Pulau Langkawi menggunakan laluan jalan raya perlulah memandu ke Kuala Kedah atau Kuala Perlis di Barat Laut Semenanjung Malaysia di mana terletaknya jeti feri yang utama ke Pulau Langkawi. Perjalanan dari Kuala Lumpur ke Kuala Kedah mengambil masa lebih kurang 6 jam manakala pertambahan 1 jam diperlukan untuk ke Kuala Perlis. Kemudahan tempat meletak kenderaan juga disediakan di kedua-dua jeti tersebut.

          ØMelalui Jalan Udara
Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi (04 9551311) di Padang Mat Sirat terletak sejauh 20km dari Kuah dan 8km dari resort pantai di Pantai Cenang. Terdapat penerbangan terus dari Kuala Lumpur ke Langkawi yang disediakan setiap hari oleh Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS) manakala Syarikat Penerbangan AirAsia menyediakan penerbangan sebanyak 5 kali seminggu. Pelancong dari Singapura boleh menaiki penerbangan Silk Air yang menyediakan penerbangan 4 kali seminggu ke pulau ini. Untuk tempahan tiket, sila hubungi:
i) Syarikat Penerbangan Malaysia di talian 03 7843 3000
ii) Syarikat Penerbangan AirAsia di talian 03 7884 9000
iii) Silk Air di talian 03 2692 3122

          ØMelalui Landasan Keretapi
Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) menyediakan perkhidmatan keretapi yang selesa dan berpatutan dari Kuala Lumpur ke Alor Setar, Kedah dan ke Arau, Perlis. Dari kedua-dua Bandar tersebut, pelancong boleh menaiki teksi atau bas ke Kuala Kedah dan Kuala Perlis dan kemudian menaiki feri ke Pulau Langkawi. Untuk tempahan tiket, sila hubungi KTMB di talian 03 22671200

Ø  Melalui Jalan Laut
Perkhidmatan Feri
Feri Ekspres menyediakan perkhidmatan setiap hari ke Pulau Langkawi dari kedua-dua jeti di Kuala Kedah dan Kuala Perlis. Perjalanan ke Pulau Langkawi dari Kuala Kedah dan Kuala Perlis masing-masing mengambil masa selama 1 jam 15 minit dan 45 minit. Perjalanan dari Penang ke Pulau Langkawi melalui feri pula mengambil masa selama 2 jam 30 minit. Untuk pertanyaan dan tempahan sila hubungi:-

Ø  Kuala Kedah/Kuala Perlis – Langkawi
       United Ventures Ferry Sdn. Bhd.
       28, Pekan Baru Kuah,
       Jalan Penarak, 07000, Langkawi
       No.tel : Langkawi – 04 966 3988 / 8988 / 5889
       Kuala Kedah – 04 762 6295 / 6296
       Kuala Perlis – 04 985 1899 / 2690

Ø  Penang – Langkawi
       Fast Ferry Ventures Sdn. Bhd.
       Ground Floor, PPC Building,
       Persiaran King Edward,
       10300 Penang.
       No. Tel : Penang – 04 966 3779

Ø  Seraya Bayu Ferry Sdn. Bhd
       Lot 411, Taman Seri langkawi,
       Jalan Klebang, Mukim Kuah,
       07000 Langkawi.
       No. Tel : Langkawi – 04 966 2219 / 3219
       Kuala Kedah – 04 762 6219
       Kuala Perlis – 04 985 3219

Ø  Satun (Thailand) – Langkawi
       Langkawi Ferry Services Sdn. Bhd
       37 & 39, Jalan Pandak Mayah 5,
       07000, Langkawi
       No. Tel : 04 966 6272 / 6316

Ø  Kapal Persiaran Mewah
Salah satu cara terbaru untuk bercuti ke Langkawi ialah dengan menaiki kapal persiaran. Setiap pelayaran mengambil masa yang berbeza bergantung kepada pelabuhan yang digunakan serta jalan laluan ke Langkawi itu sendiri. Pelancong boleh menaiki kapal di Pelabuhan Klang, Malaysia dan Singapura. Untuk pertanyaan berhubung dengan pakej pelayaran, sila hubungi agen pelancongan atau operator pelayaran.
No.Tel : Star Cruises – 03 3101 1313