Attractive Places


Pulau Langkawi amat kaya dengan tempat-tempat menarik yang boleh dilawati oleh pelancong tidak kira dari dalam atau luar Negara. Antara tempat-tempa tmenarik yang terdapat di Pulau Langkawi boleh dikategorikan sebagai :-

Kuah

Dataran Lang.
- Dataran Lang ialah mercu tanda yang paling jelas kelihatan oleh pelawat yang datang melalui jalan laut. Terletak berhampiran Jeti Kuah, tarikan utama di dataran ini ialah patung seekor helang yang bersedia untuk terbang. Mengikut cerita lama, Langkawi memperolehi namanya daripada helang. Dalam Bahasa Melayu Lama, kawi bermaksud perang kemerahan, oleh itu, Langkawi bermaksud ‘Helang perang kemerahan’.

Dataran ini dilanskap indah dan mempunyai kolam, jambatan, teres tertutup, restoran dan “barrel vault” yang dibuat daripada batu-bata. Dataran ini diterangi dengan indah pada waktu malam dan mempersembahkan permandangan yang indah apabila anda menuju ke pulau pada waktu malam.
Taman Lagenda.

Taman Lagenda ialah sebuah taman indah dengan kebun-kebun yang dipenuhi bunga tempatan yang berwarna-warni, tumbuh-tumbuhan dan pokok buah-buahan. Taman 50 ekar ini telah direka dnan dilanskapkan dengan pameran yang memperihalkan mitos dan lagenda pulau ini. Ia mempunyai 17 monumen, setiap satu menceritakan kisah yang menarik.


Pantai & Pulau

-Pantai Kok, Cenang, Pantai Tengah, Pantai Datai, Pantai Pasir Hitam dan Teluk Burau adalah diantara pantai-pantai paling indah yang menawarkan hari-hari bebas di bawah matahari dan bersir-siar di waktu petang. Penginapan kelas pertama di hotel-hotel moden atau calet yang selesa ada disediakan. Pelbagai jenis sukan air memberikan keriangan dan keseronokan kepada mereka yang aktif. Restoran di hotel dan di luar menghidangkan pelbagai makanan menyelerakan diiringi muzik persembahan langsung dan persekitaran yang hebat.

Pelayaran mengelilingi pulau ialah satu cara yang bagus untuk berehat dan melihat pemandangan indah di Langkawi. Semasa bot anda bergerak melalui jalan air di antara pulau-pulau, nikmati bayu sejuk dan sinaran hangat matahari. Perjalanan pergi balik sekeliling Pulau Dayang Bunting dan Pulau Beras Basah memakan masa lebih kurang empat jam. Pilihan lain ialah dengan menyewa sebuah bot dan nikmati pelayaran sambil melihat matahari terbenam dengan minuman. Jadual perjalanan yang melibatkan barbeku, bersnorkel atau perjalanan ke pulau-pulau yang lain juga boleh diatur.

Tanjung Rhu terletak di tanjung utara Langkawi. Dinamakan sempena pohon rhu yang banyak terdapat di situ. Pantai menawan ini menawarkan pemandangan indah pulau-pulau sekitarnya, yang boleh dilawati hanya dengan berjalan kaki pada waktu air surut.



Pilihan Alam Semulajadi

Taman Laut Pulau Payar
Terletak di bahagia utara Selat Melaka, 19 batu nautika di selatan Langkawi dan meliputi Pulau Payar, Pulau Lembu, Pulau Segantang dan Pulau Kaca. Taman laut ini dipenuhi pelbagai hidupan dan tumbuhan laut. Pulau Payar ialah yang paling terkenal di antara pulau-pulau lain kerana perairannya yang terlindung adalah sesuai untuk snorkeling, menyelam dan berenang. Antara tempat menelam yang menarik ialah ‘Coral Garden’, sebuah kawasan yang diliputi karang lembut yang terang dan berwarna-warni. Lebih jauh dari pantai, seseorang boleh menikmati keseronokan memberi makan anak-anak jerung.

Pelawat boleh melawat Pulau Payar daripada Jeti Kuah dengan katamaran (Perahu layar yang berbadan dua) atau bot laju. Perjalanan dengan katamaran mengambil masa lebih kurang 45 minit untuk tiba di Pulau Payar sementara bot laju mengambil masa satu jam. Pelawat dinasihati untuk menempah perkhidmatan katamaran sehari sebelum perjalanan. Selain daripada bayaran tambang, bayaran tambahan sebanyak RM5 untuk dewasa dan RM2.50 untuk kanak-kanak dikenakan untuk memasuki taman laut.

Tasik Dayang Bunting       Geopark Pertama Asia Tenggara       Sungai Kilim        Taman Ikan
Telaga Tujuh            Air Terjun Durian Perangin               Gua Cerita                         Gua Kelawar
            Gua Pasir Dagang



Kebudayaan & Adab Resam
Komplek Budaya Kraf Tangan
Muzium Ibrahim Hussein & Yayasan Kebudayaan
Perkampungan Air Hangat
Perkampungan Seni Atma Alam Batik

Unik Dibuat, Cantik Dilihat
Kampung Kristal
Air Terjun Langkawi
Laman Padi Langkawi
Kota Mahsuri
Perkampung Oriental
Galeria Perdana
Kereta Kabel Langkawi
Underwater World Langkawi
Taman Hidupan Liar Langkawi
Taman Buaya

Langkawi@Layar
Telaga Harbour Park
Awana Porto Malai Langkawi

Pilihan Membeli Belah
Pusat Membeli Belah Langkawi
Langkawi Fair Shopping Complex
Komplek Bebas Cukai Jetty Point